Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:
- Majlis/Dewan Bandaraya
- Majlis Perbandaran
- Majlis Daerah
Perbezaan ketiga-tiga kategori adalah berdasarkan ciri-ciri masing-masing iaitu :
- Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaik-taraf kepada bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Di antara kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk tidak kurang 500,000 orang dan hasil tahunan PBT hendaklah melebihi RM100 juta.
- Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 150,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.
- Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 150,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 20 juta.
Kriteria lanjut tahap PBT boleh dilihat di sini.
Jumlah PBT adalah sebanyak 151 buah PBT (termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu 19 buah Dewan/Majlis Bandaraya (DB / MB), 40 buah Majlis Perbandaran (MP) dan 92 buah Majlis Daerah (MD). Terkini ialah Majlis Daerah Telupid, Sabah.
Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT iaitu PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan dan Lembaga Pembangunan Tioman.
Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT iaitu PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan dan Lembaga Pembangunan Tioman.
Setakat ini, terdapat 19 buah Bandar Raya , iaitu :
Dewan / Majlis Bandaraya | Negeri | Tarikh Diwartakan/Pengisytiharan |
---|---|---|
1) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Wilayah Persekutuan | 1 Februari 1972 |
2) Majlis Bandaraya Ipoh | Perak | 27 Mei 1988 |
3) Dewan Bandaraya Kuching Utara | Sarawak | 1 Ogos 1988 |
4) Majlis Bandaraya Kuching Selatan | Sarawak | 1 Ogos 1988 |
5) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah | Melaka | 15 April 1989 |
6) Majlis Bandaraya Johor Bahru | Johor | 1 Januari 1994 |
7) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu | Sabah | 2 Februari 2000 |
8) Majlis Bandaraya Miri | Sarawak | 20 Mei 2005 |
9) Majlis Bandaraya Alor Setar | Kedah | 21 Disember 2003 |
10) Majlis Bandaraya Shah Alam | Selangor | 10 Oktober 2000 |
11) Majlis Bandaraya Petaling Jaya | Selangor | 20 Jun 2006 |
12) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu | Terengganu | 1 Januari 2008 |
13) Majlis Bandaraya Pulau Pinang | Pulau Pinang | 1 Januari 2015 |
14) Majlis Bandaraya Iskandar Puteri | Johor | 22 November 2017 |
15) Majlis Bandaraya Seberang Perai | Pulau Pinang | 16 September 2019 |
16) Majlis Bandaraya Seremban | Negeri Sembilan | 1 Januari 2020 |
17) Majlis Bandaraya Subang Jaya | Selangor | 20 Oktober 2020 |
18) Majlis Bandaraya Pasir Gudang | Johor | 22 November 2020 |
19) Majlis Bandaraya Kuantan | Pahang | 21 Februari 2021 |
Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas JKT khususnya dan KPKT amnya adalah untuk menyelaras PBT-PBT dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
Orang awam boleh menyalurkan aduan:
- kepada PBT berkenaan; atau
- kepada JKT/KPKT melalui saluran berikut:
- Sistem Aduan Bersepadu KPKT (SAB KPKT) melalui link berikut: https://aduan.kpkt.gov.my/
- Aplikasi i-Tegur KPKT, muat turun aplikasi i-Tegur melalui telefon pintar dengan menggunakan App Store (pengguna iOS) dan Google play (pengguna Android) melalui link berikut: https://i-tegur.kpkt.gov.my
- E-mel rasmi aduan JKT melalui alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Boleh. JKT/KPKT boleh merujuk masalah tersebut kepada PBT yang berkenaan untuk mendapatkan laporan mengenainya. Sekiranya masalah tersebut didapati serius, JKT/KPKT akan meminta bantuan daripada PBT berkenaan untuk memberi penjelasan serta mengambil tindakan sewajarnya.
Sampah pukal di pungut sekali seminggu sahaja.
Orang ramai boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin.