Majlis Daerah Rembau menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk perkongsian maklumat yang boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan.
Definisi Data Terbuka: Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau Swasta.

  1. Bilangan Premis Perniagaan di bawah Selian Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Sembilan
  2. Bilangan Taman Perumahan di Negeri Sembilan
  3. Bilangan Pegangan Cukai Taksiran Di Negeri Sembilan
  4. Statistik Pemeriksaan Premis Makanan Mengikut Daerah Di Negeri Sembilan
  5. Statistik Penurunan Papan Tanda/Kain Rentang/Bunting/Poster Yang Tidak Sah Mengikut Daerah