- Menyediakan perkhidmatan kepada semua warga Daerah Rembau seperti perkhidmatan pembersihan bandar, menyediakan kawasan rekreasi dan kemudahan infrastuktur.
- Menyediakan dan menyelenggara kemudahan awam dan infrastruktur untuk warga Daerah Rembau seperti penyelenggaraan jalan, longkang, lampu jalan, dewan, pusat komuniti dan kemudahan sukan.
- Menyediakan dan menyelenggara kemudahan sosial dan riadah seperti taman permainan kanak-kanak serta taman awam.
- Mengawalselia kelulusan kebenaran merancang, pelan pembinaan bangunan dan penyediaan infrastruktur.
- Mengawalselia kesihatan awam dan mencegah penyakit berjangkit.
- Mengawalselia kelulusan lesen perniagaan.
- Memperkukuhkan jalinan usahasama dalam projek pembangunan, perniagaan dan gerai bagi memberi peluang kepada warga Daerah Rembau melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
- Penguatkuasaan undang-undang sedia ada secara optimum.