Jabatan Pengurusan Dan Sumber Manusia
  • Menguruskan pentadbiran jabatan
  • Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am termasuk surat-surat, aduan awam, panggilan telefon keluar masuk dan sistem fail
  • Mengendalikan pengurusan tenaga manusia iaitu perjawatan, perkhidmatan kakitangan, perlantikan, latihan dan sistem audit nilai , inovasi dan pesaraan serta urusetia tatatertib Jabatan.
  • Mengurusetia dan menyelaras mesyuarat di peringkat Jabatan dan  mesyuarat-mesyuarat berkaitan serta menyelaras keperluan ahli-ahli majlis.
  • Mengurus pembelian/perolehan bekalan pejabat, kenderaan, pakaian seragam dan perkhidmatan insurans kenderaan jabatan.
  • Menyelaraskan program bagi acara-acara sambutan dan perayaan serta majlis keraian di peringkat jabatan.
  • Menjadi urusetia bersama PDTR bagi Pelancongan Daerah Rembau.
  • Menguruskan hal-hal berkaitan korporat Integriti, Program Pembasmian Kemiskinan Bandar(PPKB).
  • Menguruskan sistem aduan awam (sispa) jabatan.
Jabatan Kejuruteraan & Bangunan
Kejuruteraan
  • Penyediaan proses - proses tender & sebutharga
  • Kerja penyelian & pengawasan projek di tapak bina.
  • Penyedian bayaran - bayaran kepada kontraktor
  • Pendaftaran kontraktor kelas G1 & G2
Bangunan
  • Memproses permohonan / Ulasan kelulusan pelan bangunan, kertas perakuan, pertimbangan akhir
  • Permit izin lalu / Permohonan Korekan Jalan.
  • Permohonan Pelan Kerja Tanah , Jalan Parit & Pelan Bangunan, Lampu Jalan & Permit Sementara
Bahagian Penguatkuasaan
  • Melaksanakan penguatkuasaan Undang-undang dibawah peruntukan akta dan undang-undang kecil yang digunapakai
  • Memastikan semua bentuk perniagaan ( Tred , Perindustrian , penjaja ) Mempunyai lesen perniagaan yang sah dan mematuhi syarat yang ditetapkan
  • Mengawal dan mencegah apa-apa pembinaan baharu atau ubahsuai struktur binaan tanpa kelulusan di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Rembau ( MDR )
  • Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan - aduan yang diterima dari orang persendirian dan komuniti
  • Mengambil tindakan terhadap pekara berkaitan kacau gangu dan halangan di tempat awam
  • Melaksanakan Operasi tangkapan ternakan terbiar ( Lembu / Kerbau ) serta anjing liar
  • Melaksanakan tindakan sitaan ke atas tunggakan cukai taksiran dan tunggakan sewaan gerai kerajaan milik Majlis Daerah Rembau
  • Mengambil Tindakan penguatkuasaan terhadap iklan tanpa kebenaran
Jabatan Perbendaharaan
Bahagian Perbelanjaan
  • Menyemak dan memproses semua jenis pembayaran dengan teratur dan dikawal mengikut peruntukan yang diluluskan dalam belanjawan tahunan.
  • Menyediakan laporan peruntukan dan perbelanjaan Majlis
  • Kawal selia terimaan dan perbelanjaan peruntukan-peruntukan khas yang diterima oleh Majlis
  • Memproses dan membayar emolumen kakitangan tetap,kontrak dan sambiilan Majlis
  • Semakan dan membayar segala tuntutan elaun kakitangan Majlis seperti elaun kakitangan majlis seperti elaun lebih masa , elaun perjalanan dan panjar wang runcit
  • Mengawal selia tuntutan pembayaran dibuat dalam tempoh 14 hari
Bahagian Akaun
  • Menyediakan, menyelenggara, mengemaskini segala rekod-rekod dan laporan kewangan dengan betul dan teratur mengikut peraturan serta prosuder perakaunan
  • Menguruskan dan menyelenggara akaun simpanan tetap dan akuan semasa Majlis berasaskan aliran tunai Majlis
  • Penyediaan penyata penyesuaian bank.
  • Menyemak segala hasil yang telah dikutip diakaunkan dengan betul dan teratur.
  • Menyediakan laporan terimaan dan bayaran balik cagaran serta penghantaran ke Akta Wang Tidak Dituntut.
Bahagian Teknologi Maklumat
  • Menyelesaikan aduan pengguna tentang kerosakan komputer dan masalah berkaitan ICT yang lain
  • Memastikan server dan rangkaian boleh beroperasi pada tahap kebolehcapaian 90% setiap hari
  • Menyalurkan Maklumat berkaitan Majlis Daerah Rembau kepada pengguna
  • Memastikan ePBT beroperasi pada tahap kebolehcapaian 90% setiap hari
Unit Audit Dalam
  • Membantu pihak pengurusan dalam mencapai objektifnya dengan memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan dengan teratur di semua peringkat
  • Menilai ketepatan, kesempurnaan dan kebolehpercayaan semua rekod, sistem perakaunan, maklumat pengurusan dan sistem kawalan dalaman yang wujud
  • Memastikan semua program dan aktiviti dilaksanakan dengan ekonomi, cekap dan berkesan dalam mencapai matlamatnya.
  • Memastikan semua aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan.
  • Memberi khidmat nasihat dan pandangan kepada Jabatan mengenai pengurusan kewangan..
Jabatan Kesihatan & Perkhidmatan Perbandaran
  • Mengawal selia permohonan lesen perniagaan dan permit sementara
  • Mengawal selia permohonan sewa kemudahan dewan orang ramai dan peralatan rasmi bagi majlis keramaian
  • Pengurusan pentadbiran dan aduan berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
  • Menjalankan kawalan penyakit bawaan vektor mengikut kawalan Pejabat Kesihatan Daerah.
  • Menjalankan aktiviti kawalan kacau ganggu haiwan (lesen anjing).
  • Menjalankan pemeriksaan premis makanan dan perniagaan berasaskan makanan untuk memastikan tahap kebersihan menepati peraturan dan syarat- syarat yang ditetapkan .
  • Merancang dan melaksana program kesihatan persekitaran.
Unit Pusat Setempat ( OSC)
  • Menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan dan permohonan-permohonan lain yang diterima
  • Memaklumkan keputusan kelulusan permohonan cadangan pemajuan kepada pemohon
  • membuat perakuan permohonan pembangunan tanah kepada Pejabat Tanah
  • Menyediakan pelaporan berkala
Jabatan Perancang Bandar dan Landskap
  • Merancang dan mengawal pembangunan mengikut rancangan Pembangunan,dasar-dasar dan garis panduan terpakai
  • Mmeproses permohonan-permohonan perancangan (SBKS,KM,KMT)
  • Memberi input-input perancangan terhadaptrend pembangunan agensi-agensi teknikal kerajaan yang lain
  • Mengawal dan merancang pembangunan landskap agar disediakan mengikut konsep-konsep perancangan yang telah
  • Melaksana 5 langkah Program Bandar Selamat
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
  • Membuat penilaian harta tanah di dalam kawasan MDR bagu tujuan cukai harta.
  • Kemaskini data-data penilaian
  • Keluarkan notis untuk mengutip tunggakan cukai harta dan sewa
  • Memproses permohonan sewa gerai, pasar dan pindahmilik
  • Mengawal selia penyelenggaraan dan pengurusan bangunan serta harta bersama yang dilaksanakan pemaju, Perbadanan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MIC)