PENANGGUHAN KEJOHANAN BOLA JARING PIALA YDP EDISI KE-2 – MAJLIS DAERAH REMBAU

📢 PENGUMUMAN PENTING
PENANGGUHAN KEJOHANAN BOLA JARING PIALA YDP EDISI KE-2 – MAJLIS DAERAH REMBAU

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kejohanan Bola Jaring Piala YDP Edisi Ke-2, Majlis Daerah Rembau yang dijadualkan pada:
📅 Sabtu, 10 Oktober 2026
📍 Gelanggang Bola Jaring UiTM Rembau
adalah DITANGGUHKAN kepada satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

Keputusan ini dibuat susulan pengumuman penangguhan pelaksanaan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 di seluruh Malaysia oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan berikutan keadaan cuaca berjerebu dan bacaan IPU yang tidak selamat, khususnya bagi pelaksanaan aktiviti luar.

Sehubungan itu, pihak Majlis Daerah Rembau (MDR) ingin memohon maaf atas segala kesulitan dan perubahan perancangan yang mungkin timbul kepada semua pihak, khususnya:
🏐 Pasukan dan peserta kejohanan
🤝 Rakan strategik dan agensi yang bekerjasama
👥 Urus setia dan petugas
🎁 Penyumbang serta pihak yang terlibat dalam penganjuran
📣 Semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada kejohanan ini.

Pihak MDR amat menghargai kerjasama, komitmen dan sokongan yang telah diberikan dalam menjayakan Kejohanan Bola Jaring Piala YDP Edisi Ke-2 ini.

📌 Kenyataan rasmi berhubung penangguhan kejohanan akan dikeluarkan oleh pihak urus setia pada Jumaat, 9 Oktober 2026.

Sebarang perkembangan berkaitan tarikh baharu kejohanan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi pihak urus setia.

Mohon jasa baik semua pihak untuk mengambil maklum dan menyebarluaskan pengumuman ini kepada pihak-pihak yang berkaitan.

Kerjasama dan pertimbangan semua pihak amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.