Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2026

Majlis Daerah Rembau (MDR) terus melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya memperoleh Penarafan 4 Bintang bagi Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2026, bagi tahun pertama pelaksanaan penilaian secara atas talian.
Pengiktirafan tersebut diterima bersempena Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2026 yang berlangsung di Bertam Resort, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 12 hingga 13 September 2026.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan MDR dalam memperkukuh tadbir urus, memperkasa agenda pendigitalan dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
Kejayaan ini juga menjadi pemangkin kepada seluruh warga kerja MDR untuk terus memberikan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan berintegriti demi kesejahteraan masyarakat Rembau.