𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐉𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐈𝐀𝐑 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐑𝐈 𝐑𝐄𝐌𝐁𝐀𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐌𝐁𝐀𝐔
 
📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 23 Mei 2026 (Sabtu)
📍 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢: Taman Sri Rembau dan sekitar Pekan Rembau
 
Operasi penangkapan anjing terbiar telah dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan Majlis Daerah Rembau bersama pihak vendor Dr Norman Vet pada 23 Mei 2026 di kawasan Taman Sri Rembau dan sekitar Pekan Rembau.
 
Operasi ini bertujuan mengurangkan aduan berkaitan anjing terbiar serta meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan kawasan awam. Operasi dilaksanakan menggunakan kaedah penembakan ubat pelali dan pemasangan mikrocip bagi memastikan pengendalian haiwan dibuat secara lebih selamat dan berperikemanusiaan.
Hasil operasi mendapati sebanyak 6 ekor anjing terbiar berjaya ditangkap melibatkan 3 ekor jantan dan 3 ekor betina. Sebanyak 3 ekor anjing jantan telah dimandulkan dan kesemua anjing yang ditangkap telah dipasang mikrocip untuk tujuan kawalan pembiakan serta rekod pemantauan.
 
Kesemua anjing tersebut telah ditempatkan di pusat perlindungan anjing (shelter) untuk tindakan lanjut. Secara keseluruhannya, operasi berjalan lancar dan terkawal serta pemantauan berkala akan diteruskan dari semasa ke semasa demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kawasan pentadbiran Majlis Daerah Rembau sentiasa terpelihara.