𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐀𝐒𝐊𝐈𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐘𝐏𝐄𝐑𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐍𝐂𝐄
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Bengkel Pengemaskinian MYPERFORMANCE bagi memastikan maklumat dan penilaian prestasi kakitangan sentiasa dikemaskini serta selaras dengan keperluan semasa. Program ini turut memberi pendedahan kepada pegawai mengenai kaedah pengurusan prestasi yang lebih sistematik dan efektif.
Diharapkan program ini dapat memperkasakan pengurusan prestasi warga kerja, meningkatkan tahap profesionalisme dan produktiviti kakitangan serta membantu memperkukuhkan mutu penyampaian perkhidmatan organisasi secara lebih efisien dan berkualiti.



