𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐀𝐠𝐮𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐛 𝐑𝐞𝐤𝐫𝐞𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐦𝐛𝐚𝐮 (𝐊𝐑𝐌𝐃𝐑) 𝐊𝐞-𝟏𝟑 & 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐬𝐫𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡
 
Rembau, 16 April 2026 – Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kelab Rekreasi Majlis Daerah Rembau (KRMDR) ke-13 & Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2026 telah berlangsung di Dewan Seri Rembau dengan kerjasama Bahagian Pengurusan dan Sumber Manusia (BPSM).
 
Mesyuarat turut menyaksikan pemilihan jawatankuasa baharu bagi sesi 2026–2028. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pegawai yang telah dilantik. Diharapkan barisan kepimpinan baharu ini dapat terus memperkukuh peranan kelab serta menganjurkan lebih banyak aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli.
 
Majlis kemudiannya diteruskan dengan Sambutan Ramah Mesra Aidilfitri 2026 yang berlangsung meriah dengan pelbagai juadah hari raya, suasana santai serta interaksi mesra dalam kalangan warga kerja. Program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara jabatan serta menyemarakkan semangat kebersamaan selepas sambutan Syawal.
 
Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada barisan penganjur atas komitmen dan usaha dalam menjayakan program ini dengan lancar dan teratur.