𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐩𝐚𝐝𝐮 𝐏𝐫𝐞𝐦𝐢𝐬 𝐕𝐚𝐩𝐞 𝐝𝐢 𝐑𝐞𝐦𝐛𝐚𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫
 
Rembau, 16 April 2026 (Khamis) – Satu operasi bersepadu telah dilaksanakan melibatkan kerjasama antara Majlis Daerah Rembau, Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Rembau di beberapa premis rokok elektronik (vape) sekitar daerah ini.
 
Sebanyak tiga premis telah diperiksa dalam operasi tersebut. Pihak PDRM turut menjalankan pemeriksaan terhadap kandungan cecair vape, di samping ujian saringan air kencing ke atas individu terlibat. Hasil pemeriksaan mendapati semua ujian adalah negatif dan tiada unsur penyalahgunaan dadah dikesan.
 
Tiada sebarang tindakan penguatkuasaan diambil sepanjang operasi ini, menandakan tahap pematuhan yang baik dalam kalangan peniaga.
 
Pihak penganjur berharap agar pemilik premis terus mengekalkan pematuhan terhadap undang-undang serta bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam memastikan persekitaran perniagaan yang selamat dan terkawal.
 
Operasi seperti ini akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa demi menjaga kesejahteraan komuniti.