𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐄 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐒𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐌 (𝐂𝐓𝐀)
 
Program Serahan Notis E telah dilaksanakan pada 10 April 2025 di Taman Gadong dan Rumah Rakyat Chengkau, Daerah Rembau. Inisiatif oleh Bahagian Penilaian & Pengurusan Harta dengan kerjasama Jabatan Audit Negara ini bertujuan mengingatkan pemilik harta mengenai tunggakan Cukai Taksiran Am (CTA).
 
Melalui operasi turun padang, notis diserahkan secara terus ke premis bagi memastikan makluman diterima dengan jelas dan berkesan.
 
Diharapkan usaha ini dapat meningkatkan kesedaran serta tanggungjawab pemilik harta untuk menjelaskan tunggakan, sekaligus menyokong peningkatan kutipan hasil dan kesejahteraan komuniti setempat.