𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐀𝐀𝐃𝐊 𝐑𝐄𝐌𝐁𝐀𝐔 & 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐌𝐁𝐀𝐔
 
10 April 2026 (Jumaat) telah berlangsung satu Operasi Bersepadu oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Rembau dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan Majlis Daerah Rembau di premis perniagaan besi buruk dan kimpalan besi sekitar daerah Rembau.
 
Operasi ini melibatkan pemeriksaan serta saringan ujian air kencing kepada pekerja premis berkenaan oleh pihak AADK.
Hasil saringan mendapati kesemua pekerja yang diperiksa adalah negatif daripada pengambilan dadah.
 
Operasi ini diharap dapat memperkukuh usaha pencegahan penyalahgunaan dadah, mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan majikan dan pekerja tentang bahaya dadah dan kepentingan gaya hidup sihat.