
𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐧𝐣𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐭𝐬𝐩𝐨𝐭 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐦𝐛𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
Rembau, 2 April – Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) dengan kerjasama Majlis Daerah Rembau (MDR) dan Pejabat Daerah & Tanah Rembau (PDTR) telah mengadakan lawatan tinjauan ke beberapa lokasi hotspot pelancongan di sekitar Daerah Rembau hari ini.
Lawatan ini melibatkan wakil LPNS, pegawai MDR serta PDTR yang meninjau perkembangan semasa di dua lokasi utama iaitu Wet World Pedas dan Sungai Talan. Tinjauan dibuat bagi melihat kemajuan kerja-kerja penambahbaikan serta persediaan kawasan tersebut sebagai tarikan pelancongan.
Pihak LPNS menyatakan rasa berpuas hati dengan progress yang telah dicapai setakat ini, sekali gus menunjukkan komitmen semua pihak dalam memperkasa sektor pelancongan daerah.
Diharapkan langkah proaktif ini dapat memperkukuh kesiapsiagaan Daerah Rembau dalam menyokong dan menjayakan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, seterusnya menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.



