Operasi Bersepadu PDRM & Majlis Daerah Rembau di Pusat Snuker

𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐩𝐚𝐝𝐮 𝐏𝐃𝐑𝐌 & 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐦𝐛𝐚𝐮 𝐝𝐢 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐒𝐧𝐮𝐤𝐞𝐫
 
Rembau, 27 Mac 2026 (Jumaat) – Satu operasi bersepadu telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Rembau dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Rembau di beberapa pusat snuker sekitar daerah ini.
 
Operasi ini turut melibatkan pegawai penguatkuasa, anggota polis serta wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Fokus utama adalah untuk memantau premis yang beroperasi melebihi waktu dibenarkan serta memastikan pematuhan terhadap syarat lesen.
 
Sepanjang operasi dijalankan, pihak KKM telah mengeluarkan dua kompaun atas kesalahan merokok di dalam premis, manakala Majlis Daerah Rembau turut mengambil tindakan dengan mengeluarkan satu kompaun terhadap premis yang didapati beroperasi melebihi waktu yang dibenarkan.
 
Operasi ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada pengusaha premis agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan, di samping memperkukuh penguatkuasaan undang-undang demi menjamin kesejahteraan dan keselesaan komuniti setempat.