Program Perhimpunan Pagi, Ikrar Bebas Rasuah (IBR),  Angkat Sumpah  Rahsia Rasmi 1972 dan Penyerahan Mangkuk Tingkat Ramadan

Program 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐠𝐢, 𝐈𝐤𝐫𝐚𝐫 𝐁𝐞𝐛𝐚𝐬 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡 (𝐈𝐁𝐑), 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐒𝐮𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐀𝐤𝐭𝐚 𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝟏𝟗𝟕𝟐 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐤 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 telah berlangsung pada 𝟏𝟐 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬) di 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐑𝐞𝐦𝐛𝐚𝐮, 𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐦𝐛𝐚𝐮.
 
Majlis ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pencegahan 𝐒𝐮𝐫𝐮𝐡𝐚𝐧𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐠𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐒𝐏𝐑𝐌) Negeri Sembilan, 𝐅𝐚𝐭𝐢𝐦𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐦𝐢𝐝, 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐦𝐛𝐚𝐮 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐙𝐚𝐦𝐫𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐄𝐬𝐚, 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐦𝐛𝐚𝐮 𝐍𝐨𝐫𝐚𝐳𝐥𝐲𝐳𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐥𝐢, 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐒𝐏𝐑𝐌 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐒𝐏𝐑𝐌 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧, 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐀𝐝𝐢𝐛 𝐎𝐭𝐡𝐦𝐚𝐧. Turut hadir barisan Ahli Majlis dan pegawai Majlis Daerah Rembau.
 
Program dimulakan dengan perhimpunan pagi sebelum diteruskan dengan lafaz 𝐈𝐤𝐫𝐚𝐫 𝐁𝐞𝐛𝐚𝐬 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡 (𝐈𝐁𝐑) sebagai komitmen warga kerja dalam memastikan integriti serta kerahsiaan maklumat jabatan sentiasa dipelihara. Seterusnya, ceramah khas daripada pihak SPRM turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada para pegawai berkaitan kesalahan rasuah, implikasi undang-undang serta kesan negatif kepada individu, organisasi dan masyarakat sekiranya terlibat dalam gejala tersebut.
 
Selain itu, majlis turut diserikan dengan 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐤 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 sebagai simbol kebersamaan dan keprihatinan organisasi dalam menyemarakkan semangat kebajikan serta ukhuwah dalam kalangan warga kerja sempena ketibaan bulan Ramadan.
 
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran serta memperkukuh budaya integriti dalam kalangan pegawai Majlis Daerah Rembau, sekali gus melahirkan perkhidmatan awam yang telus, beretika dan bebas rasuah demi kesejahteraan masyarakat dan pembangunan daerah.