
𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐆 𝐏𝐋𝐀𝐒𝐓𝐈𝐊 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐌𝐃𝐑 𝐃’ 𝐉𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐙𝐀𝐑 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐑𝐞𝐦𝐛𝐚𝐮, 𝟕 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Yang Berhormat 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐇𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐙𝐚𝐦𝐫𝐚𝐡 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐮𝐥𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧, 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧, 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧, 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧, 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐍𝐆𝐎 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐦𝐛𝐚𝐮, 𝐏𝐧. 𝐍𝐨𝐫𝐚𝐳𝐥𝐲𝐳𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐥𝐢 serta pimpinan 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 telah mengadakan Jerayawara Bazar Ramadan di Tapak Bazar Ramadan Pekan Rembau bagi meninjau tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang diamalkan oleh peniaga bazar.
Jerayawara ini turut meneruskan 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐀𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐞𝐦𝐢𝐬 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐚𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐖𝐡𝐚𝐭𝐬𝐀𝐩𝐩 yang membolehkan orang awam menyalurkan aduan berkaitan keselamatan dan kualiti makanan dengan lebih mudah dan pantas. Pada masa yang sama, 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐦𝐛𝐚𝐮 turut melancarkan 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐁𝐞𝐛𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐠 𝐏𝐥𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐆𝐮𝐧𝐚 yang memberi tumpuan kepada peniaga kecil seperti peniaga bazar Ramadan dan pasar malam.
Orang ramai juga digalakkan mengamalkan prinsip “𝐏𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡” ketika membeli makanan dengan memilih gerai yang bersih serta pengendali makanan yang mengamalkan amalan kebersihan yang baik.
Melalui program ini, diharapkan kesedaran dalam kalangan peniaga dan orang ramai terhadap kepentingan kebersihan makanan serta pengurangan penggunaan plastik sekali guna dapat terus dipertingkatkan. Usaha ini bukan sahaja bagi memastikan makanan yang dijual selamat untuk dimakan, malah turut menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar demi kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang.
Majlis Daerah Rembau akan terus komited memperkasakan kempen ini selari dengan tagline Negeri Sembilan “𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀! 𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐋𝐀𝐒𝐓𝐈𝐊 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐆𝐔𝐍𝐀.”



