
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐮𝐳𝐮𝐥 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧: “𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐮𝐫𝐬”
6 Mac 2026 (Jumaat) – Sempena memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran, Kelab Rekreasi Majlis Daerah Rembau (KRMDR) telah menganjurkan program Salam Nuzul Al-Quran: Quran Hours yang berlangsung di sekitar perkarangan Majlis Daerah Rembau.
Program selama satu jam ini melibatkan penyertaan pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Rembau yang bersama-sama membaca serta menghayati ayat-ayat suci Al-Quran . Inisiatif ini bertujuan memupuk semangat kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan warga kerja.
Penganjuran program ini juga bertepatan dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan , sekali gus diharapkan dapat meningkatkan penghayatan ibadah serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Majlis Daerah Rembau.



