Program Audit Kendiri Perjawatan Organisasi (AKPO)

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐀𝐮𝐝𝐢𝐭 𝐊𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐎𝐫𝐠𝐚𝐧𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢 (𝐀𝐊𝐏𝐎)
Jabatan/Agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan
 
3–4 Mac 2026
Majlis Daerah Tampin
Anjuran: Majlis Daerah Tampin x Majlis Daerah Rembau
 
Program AKPO telah dilaksanakan dengan kerjasama dan komitmen penuh daripada semua pegawai terlibat. Audit memberi fokus kepada semakan Pelan Strategik, Laporan Tahunan tiga (3) tahun terkini, Carta Organisasi, Carta Fungsi serta Waran Perjawatan.
 
Pelaksanaan program ini bertujuan memperkukuh struktur perjawatan, meningkatkan kecekapan pengurusan sumber manusia serta memastikan tadbir urus organisasi lebih sistematik dan berkesan. Diharapkan dapatan audit dapat menjadi panduan penambahbaikan berterusan demi mempertingkat kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.