Program Agihan Bubur Lambuk Ramadan 2026

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐀𝐠𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐛𝐮𝐫 𝐋𝐚𝐦𝐛𝐮𝐤 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 | 𝟐𝟑 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟑.𝟎𝟎 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐁𝐚𝐳𝐚𝐫 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐦𝐛𝐚𝐮
 
Program Agihan Bubur Lambuk Ramadan 2026 anjuran Majlis Daerah Rembau dengan kerjasama Nestlé (Maggi) telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh muhibah dan semangat Ramadan.
 
Sebanyak 600 pek bubur lambuk berjaya diagihkan kepada penduduk Daerah Rembau dan kawasan sekitar dengan lancar dan teratur. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan serta semua yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
 
Semoga inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dalam komuniti.