
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 13 Februari 2026 (Jumaat)
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫: Kelab Rekreasi Majlis Daerah Rembau
𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢: Cafe Baru Majlis Daerah Rembau
Majlis Pelancaran E-Book Ramadhan 2026/1447H telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau, Mohd Zamri Bin Mohd Esa. Penerbitan e-book ini merupakan inisiatif perkongsian ilmu dan panduan bagi membantu warga penduduk Daerah Rembau membuat persediaan menyambut bulan Ramadhan dengan lebih teratur dan bermakna.
Turut berlangsung penyerahan Sumbangan Bag Sinar Madani kepada para pegawai sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan. Diharapkan usaha ini dapat menyemai semangat kebersamaan, meningkatkan penghayatan Ramadhan serta memberi manfaat kepada seluruh warga kerja.



