Taklimat Kursus Jangka Pendek ILTJM

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦: Taklimat Kursus Jangka Pendek ILTJM
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 12 Februari 2026 (Khamis)
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫: Majlis Daerah Rembau
𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢: Cafe Baru Majlis Daerah Rembau
 
Satu sesi taklimat telah disampaikan oleh pegawai ADTEC Pedas berkenaan kursus-kursus jangka pendek yang ditawarkan kepada pegawai Majlis. Taklimat ini memberi pendedahan berkaitan peluang latihan kemahiran dan peningkatan kompetensi dalam bidang teknikal serta profesional. 
 
Program ini diharapkan dapat membantu para pegawai menambah ilmu dan kemahiran, seterusnya meningkatkan motivasi, keyakinan diri serta kualiti penyampaian perkhidmatan.
Semoga inisiatif ini menjadi platform berterusan dalam memperkasakan pembangunan modal insan dan kecemerlangan organisasi.