Program Cabutan Undi Tapak Pasar Ramadhan Daerah Rembau Tahun 2026

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐂𝐚𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐝𝐢 𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐦𝐛𝐚𝐮 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
5 Februari 2026 (Khamis)
Dewan Seri Rembau
 
Majlis Cabutan Undi Tapak Pasar Ramadhan Daerah Rembau Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seri Rembau. Program ini bertujuan untuk mengundi dan menentukan tapak perniagaan Pasar Ramadhan bagi tahun 2026.
 
Majlis turut dihadiri oleh ADUN Chembong, YB Dato’ Hj. Zaifulbahri Bin Hj. Idris, wakil Pegawai Kesihatan Daerah, ahli-ahli Majlis Daerah Rembau, pegawai-pegawai Majlis Daerah Rembau serta para peniaga Pasar Ramadhan yang diraikan.
 
Pengundian telah dijalankan bagi empat (4) lokasi iaitu Pekan Rembau, Pekan Chengkau, Taman Seri Rembau dan Pekan Kota. Sepanjang program berlangsung, urusan cabutan undi berjalan dengan lancar dan teratur.
 
Inisiatif ini diharap dapat membantu merancakkan ekonomi setempat khususnya dalam kalangan peniaga dan penduduk tempatan sempena bulan Ramadan yang bakal tiba. Semoga Pasar Ramadhan Daerah Rembau tahun ini lebih meriah, teratur dan memberi manfaat kepada semua pihak.
 
Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada barisan urusetia yang telah bertungkus-lumus menganjurkan program ini dengan jayanya.