Ujian fizikal dan Ujian Bertulis bagi permohonan jawatan Pembantu Tadbir Gred N1 (Kontrak Interim)

Ujian Fizikal dan Ujian Bertulis bagi Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir Gred N1 (Kontrak Interim) Majlis Daerah Rembau

Tarikh: 28 Januari 2026 (Rabu)

Lokasi: Dewan Seri Rembau

Ujian fizikal dan ujian bertulis telah dijalankan kepada calon-calon yang berjaya melepasi tapisan awal bagi permohonan jawatan Pembantu Tadbir Gred N1 (Kontrak Interim). Program ini telah berlangsung dengan lancar dan teratur hasil kerjasama serta komitmen yang tinggi daripada barisan urusetia. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua urusetia dan peserta yang terlibat atas penglibatan yang cemerlang dan penuh dedikasi.