Permohonan Tapak Pasar Ramadan Tahun 1447H / 2026

PERMOHONAN TAPAK PASAR RAMADAN REMBAU 1447H / 2026

Permohonan tapak Pasar Ramadan Daerah Rembau 1447H / 2026 telah berlangsung pada Isnin, 19 Januari 2026 bertempat di Majlis Daerah Rembau.

Permohonan secara walk-in ini dibuka khusus kepada peniaga yang bermastautin di Daerah Rembau dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sebanyak empat (4) lokasi Pasar Ramadan ditawarkan, iaitu Pekan Rembau, Pekan Chengkau, Taman Seri Rembau dan Pekan Kota.

Diharapkan penganjuran Pasar Ramadan tahun ini dapat dilaksanakan dengan lebih teratur serta memberi manfaat kepada peniaga tempatan dan orang ramai.