
Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2026 - Live Facebook
Tarikh: 13 Januari 2026 (Selasa)
Lokasi: Cafe Baharu Majlis Daerah Rembau
Penglibatan: Semua pegawai Majlis Daerah Rembau
Siaran: Lintas langsung dari Auditorium Tuanku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhamad, Sungai Gadut, Seremban melalui Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan dipaparkan secara slaid.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan Lagu Perkhidmatan Awam, diikuti bacaan ikrar Rukun Negara serta persembahan nyanyian oleh wakil pegawai jabatan lain di Negeri Sembilan dan bacaan doa.
Seterusnya ucapan alu-aluan oleh YB Dato’ Mohd Zafir Bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Kemunculan majlis ialah amanah YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, yang merakamkan penghargaan kepada penjawat awam atas komitmen mereka dalam pentadbiran dan pembangunan negeri.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada individu yang telah mengharumkan nama Negeri Sembilan. Ucapan terima kasih ditujukan kepada seluruh penjawat awam atas dedikasi dan sumbangan sepanjang perkhidmatan, serta harapan agar komitmen dan prestasi perkhidmatan terus diperkasa demi pembangunan Negeri Sembilan.



