Pengumuman Permohonan Tapak Pasar Ramadan 1447H / 2026M

PENGUMUMAN PERMOHONAN TAPAK PASAR RAMADAN 1447H / 2026M

Majlis Daerah Rembau dengan ini memaklumkan bahawa permohonan tapak Pasar Ramadan bagi tahun 1447H / 2026M akan dibuka mulai 19 Januari 2026.

Permohonan ini hanya dibuka kepada peniaga yang bermastautin di Daerah Rembau. Setiap permohonan adalah terhad kepada dua (2) petak sahaja.

Kadar Bayaran

  • Satu (1) petak: RM150.00

Lokasi Pasar Ramadan

  1. Pekan Rembau
  2. Pekan Chengkau
  3. Taman Seri Rembau
  4. Pekan Kota

Kriteria Wajib Permohonan

Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen berikut:

  • Pendaftaran SSM
  • Suntikan Typhoid yang masih sah
  • Kursus Pengendalian Makanan
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Gambar Berukuran Pasport

Pengambilan Borang Permohonan

  • Borang permohonan boleh diambil secara fizikal di Kaunter Pelesenan, Majlis Daerah Rembau dalam tempoh permohonan yang ditetapkan.

Tarikh & Tempat Undian

  • Tarikh: 5 Februari 2026
  • Masa: 9.30 pagi
  • Tempat: Dewan Seri Rembau

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Pelesenan, Majlis Daerah Rembau.

Sekian, terima kasih.