
Pemeriksaan Permit Kaki Lima
Rembau | 24 Disember 2025 (Rabu)
Pemeriksaan permit kaki lima telah dijalankan di sekitar Jalan Terentang, Pekan Rembau melibatkan premis perniagaan setempat. Aktiviti ini merangkumi semakan lesen perniagaan dan permit kaki lima serta pemberian nasihat dan peringatan kepada peniaga.
Usaha ini bertujuan memastikan aktiviti perniagaan berjalan lancar dan mematuhi peraturan, di samping meningkatkan kesedaran peniaga ke arah persekitaran perniagaan yang lebih kemas dan selesa.



