
Program Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 PNM Meriah di Sungai Timun, Rembau
Program Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Disember 2025 (Sabtu) bertempat di Pengkalan Nelayan Sungai Timun Kota, Rembau. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Rembau dan telah dihadiri oleh tetamu kehormat serta Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, bersama Pegawai Daerah Rembau, Mohd Zamri bin Mohd Esa dan Setiausaha Majlis Daerah Rembau, Norazlyzan Ramli.
Antara pengisian program termasuk lawatan serta sesi bergambar di Mercu Tanda Kampung Sungai Timun. Pergerakan tetamu kehormat ke Pengkalan Nelayan Sungai Timun turut diadakan secara konvoi berbasikal, diikuti dengan aktiviti menaiki bot sebagai simbolik lawatan dan penghayatan suasana kehidupan komuniti nelayan setempat.
Diharapkan pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI ini dapat memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat, selain menyemai budaya ilmu, meningkatkan literasi serta menyokong pembangunan komuniti secara mampan, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.



