Majlis Penutup Kejohanan Sukan Mala PBT Negeri Sembilan 2025

Majlis Penutup Kejohanan Sukan Mala PBT Negeri Sembilan 2025

Majlis Penutup Kejohanan Sukan Mala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sembilan 2025 telah berlangsung pada 18 Disember 2025 (Khamis) bertempat di Dewan Seri Rembau. Program ini dianjurkan oleh Majlis Daerah Rembau dengan kerjasama Badan Kerajaan Tempatan (BKT).

Kejohanan ini melibatkan penyertaan PBT seluruh Negeri Sembilan iaitu Majlis Daerah Rembau, Majlis Daerah Tampin, Majlis Daerah Jelebu, Majlis Perbandaran Jempol, Majlis Daerah Kuala Pilah, Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Bandaraya Seremban serta Badan Kerajaan Tempatan.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau, Encik Mohd Zamri bin Mohd Esa. Turut diadakan pelancaran Kick-Off Logo Kejohanan Sukan PBT Negeri Sembilan, pengenalan piala pusingan serta penyampaian hadiah kepada pemenang acara dan pertandingan berkaitan.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai. Penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.