
Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan MDR 2024
Rembau, 8 Disember 2025 – Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Daerah Rembau (MDR) bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Audit, Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua MDR, Mohd Zamri Mohd Esa, Setiausaha MDR, Norazlyzan Ramli, serta wakil jabatan-jabatan terlibat merangkumi Jabatan Perbendaharaan, Audit Dalam dan Aset.
Sesi ini menjadi platform penting untuk membentangkan dapatan audit, menambah baik pematuhan kewangan serta memperkukuh tadbir urus kewangan MDR.
Pihak penganjur turut menyatakan harapan agar semua penambahbaikan yang dicadangkan dapat dilaksanakan secara konsisten, seterusnya meningkatkan integriti, ketelusan dan kecekapan pengurusan kewangan di peringkat majlis.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas kerjasama serta komitmen dalam menjayakan mesyuarat ini.



