Majlis Penutup Project RELeaf Nestlé Malaysia

Majlis Penutup Project RELeaf Nestlé Malaysia
 
Majlis Penutup Project RELeaf Nestlé Malaysia telah diadakan pada 6 Disember 2025 bertempat di Kilang Nestle, Chembong, Rembau, Negeri Sembilan. Majlis ini turut dihadiri oleh Setiausaha Majlis Daerah Rembau, Puan Norazlyzan Ramli. Acara ini meraikan pencapaian penting dalam usaha kelestarian oleh Nestlé Malaysia.
 
Project RELeaf, berasaskan prinsip REforest, REstore & REspect, berjaya mencapai sasaran 3 juta pokok ditanam di seluruh negara menjelang 2025. Inisiatif ini membantu memulihkan ekosistem, meningkatkan biodiversiti serta mengurangkan kesan perubahan iklim.
 
Majlis penutup ini menandakan kejayaan salah satu projek alam sekitar terbesar Nestlé, sekali gus memperkukuh komitmen syarikat terhadap kelestarian jangka panjang.
 
Diharapkan kejayaan ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat, menggalakkan lebih banyak kerjasama dan menginspirasi program pemuliharaan alam yang berterusan demi masa depan hijau negara.