Pesta Bola Ngoca Kuala Pilah 2025

Pesta Bola Ngoca Kuala Pilah 2025

Pesta Bola Ngoca Kuala Pilah 2025 berlangsung meriah pada 29–30 November 2025 di Stadium Ngoca, Perkampungan Terachi, anjuran Pejabat Daerah & Tanah Kuala Pilah bersama Pejabat Belia & Sukan Kuala Pilah.

Kelab Rekreasi Majlis Daerah Rembau (KRMDR) turut menyertai program ini dengan menghantar dua pasukan — MDR Boyz bagi acara bola sepak dan MDR Gurlz bagi acara bola baling, terdiri daripada para pegawai Majlis Daerah Rembau sendiri.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua pasukan atas semangat kesukanan dan komitmen yang ditunjukkan. Penyertaan ini bukan sahaja meningkatkan imej serta mengharumkan nama Majlis Daerah Rembau (MDR), malah membuktikan kemampuan warga MDR dalam arena sukan. Teruskan kecemerlangan dan semangat juang anda semua!