Operasi Bersepadu Penangkapan Anjing Liar 2025

Operasi Bersepadu Penangkapan Anjing Liar 2025
Majlis Daerah Rembau (MDR) dengan kerjasama Norman Vet dan NGO NS Happy Paws telah melaksanakan Operasi Penangkapan Anjing Liar 2025 pada 17 November 2025 (Isnin) di sekitar kawasan pentadbiran MDR.
Operasi ini dijalankan bagi mengurus, mengawal serta memastikan kebajikan anjing terbiar berada pada tahap terbaik, di samping menyelenggara tempat penempatan anjing terbiar yang telah disediakan agar tidak dijadikan lokasi pembuangan anjing dari luar kawasan.
Sepanjang operasi, demonstrasi kaedah penangkapan anjing menggunakan teknik pelalian turut dilaksanakan, termasuk pemasangan microchip, penandaan dan pemandulan anjing jantan yang dilakukan sejurus selepas tangkapan dan dipindahkan ke Pusat Perlindungan anjing milik pihak NGO.
Operasi berlangsung dengan lancar hasil kerjasama semua pihak, dan MDR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta tahniah kepada semua petugas terlibat. MDR turut berharap agar usaha berterusan seperti ini dapat meningkatkan keselamatan, kebersihan dan kesejahteraan komuniti, sekali gus memastikan penduduk setempat berasa lebih selamat dan selesa.