Anugerah Khas Kemampanan Bandar (Kategori Bandaraya)

Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Negeri Sembilan 2025 telah berlangsung pada 13 November 2025 di Lorong Dato’ Maharaja, Bahau. Program anjuran PLAN Malaysia ini menghimpunkan pelbagai agensi serta komuniti setempat bagi menyemarakkan agenda perancangan bandar mampan.

Dalam majlis tersebut, Majlis Daerah Rembau telah menerima Anugerah Khas Kemampanan Bandar (Kategori Bandaraya) atas pencapaian cemerlang dalam pembangunan mampan. Anugerah berupa RM10,000 dan trofi telah disampaikan oleh YB Tuan Arul Kumar A/L Jambunathan kepada Encik Mohd Zamri Bin Mohd Esa, Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau.

Ucapan terima kasih ditujukan kepada semua warga Majlis Daerah Rembau atas komitmen tinggi dan usaha berterusan dalam memacu inisiatif kemampanan. Diharapkan kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian dan inovasi dalam pembangunan bandar bagi manfaat penduduk Rembau dan Negeri Sembilan keseluruhannya.