
Tarikh: 16 Ogos 2025 (Sabtu)
Lokasi: Gelanggang Futsal, Dataran Rembau
Anjuran: AADK Daerah Rembau
Program Skuad Antidadah Siri 2/2025 berjaya menghimpunkan golongan belia dalam usaha membudayakan gaya hidup sihat dan menjauhi penyalahgunaan dadah.
Acara dimulakan dengan sesi senamrobik yang diketuai oleh wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau. Program diteruskan dengan taklimat bertajuk “Peranan SKUAD Antidadah” yang disampaikan oleh Puan Aniza Binti Salim, Ketua Pegawai AADK Daerah Rembau. Taklimat ini memberi pendedahan tentang peranan dan objektif penubuhan SKUAD Antidadah kepada para peserta.
Kemuncak program ialahperlawanan bola tampar antara wakil Majlis Daerah Rembau dan pasukan yang dikendalikan oleh Unit Pencegahan & Publisiti AADK. Aktiviti ini berjaya mengeratkan lagi hubungan antara agensi serta membina semangat berpasukan dalam kalangan belia. Majlis Daerah Rembau telah menjadi Nain Juara dalam acara ini daripada 5 buah kumpulan yang bertanding.
Inisiatif seperti ini diharap dapat menjadi langkah berterusan ke arah membina komuniti yang lebih sihat, selamat dan sejahtera.



