
Rembau, 9 Oktober 2025 – Karnival Maulidur Rasul Peringkat Daerah Rembau telah berlangsung dengan jayanya di Padang Dataran Rembau pada hari Khamis yang lalu.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bagi menyemarakkan sambutan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Antara acara utama ialah perarakan melibatkan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), serta penyertaan 20 orang pegawai daripada Majlis Daerah Rembau. Kehadiran pelbagai pihak mencerminkan semangat kebersamaan dan cinta umat Islam terhadap Rasullah S.A.W
Semoga program seperti ini dapat diteruskan setiap tahun sebagai wadah memperkukuh nilai keislaman, menyuburkan semangat perpaduan, dan menghayati sunnah Nabi dalam kehidupan seharian.



