Anugerah Bandar Paling Mampan 2025 (Kategori Daerah)

🏆 Majlis Daerah Rembau Dinobatkan Bandar Paling Mampan 2025 (Kategori Daerah)
PUTRAJAYA, 28 Oktober 2025 (Selasa) – Majlis Daerah Rembau (MDR) telah menerima Anugerah Bandar Paling Mampan 2025 (Kategori Daerah) sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Kebangsaan 2025, anjuran Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) yang berlangsung di Dewan Seri Siantan, Perbandaran Putrajaya.
Pengiktirafan ini diberikan berdasarkan pengukuran Jaringan Penunjuk Bandar Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets) 2025, yang menilai tahap kemampanan pembangunan dari aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.
✨ Tahniah diucapkan kepada Majlis Daerah Rembau atas pencapaian cemerlang ini!
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh pembangunan mampan, mempertingkat kesejahteraan komuniti, serta menjadikan Rembau sebagai contoh bandar daerah yang lestari dan seimbang di Malaysia.