Menurut Subseksyen 13(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172), dengan ini diberitahu bahawa salinan draf rancangan tempatan tersebut di atas boleh didapati untuk diperiksa bermula pada 1 Ogos 2025 (Jumaat) sehingga 29 Ogos 2025 (Jumaat) pada hari bekerja di Kaunter Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan (PLANMalaysia Negeri Sembilan), Ruang Legar Majlis Daerah Rembau (MDR), dan Ruang Legar Pejabat Daerah dan Tanah Rembau.

Laporan juga boleh diperiksa secara online di laman web berikut:-
http://jpbd.ns.gov.my


Bantahan atau rayuan berkenaan dengan Draf Rancangan Tempatan tersebut boleh dikemukakan dengan menggunakan borang maklumbalas yang disediakan, surat ataupun memorandum sebelum atau pada 29 Ogos 2025 kepada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan (PLANMalaysia Negeri Sembilan) dan Majlis Daerah Rembau (MDR).

Pautan Laporan  Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Rembau Negeri Sembilan 2035 (Penggantian)
https://drive.google.com/drive/folders/1Vr0dwMqkjlIs0eQXw8zSoYiWMj0jfwLo?usp=sharing