Acara Duta 20KM sempena Gunung Datuk Ultra 2025 telah berlangsung dengan jayanya dari 25 hingga 27 Julai 2025 bertempat di Taman Eko Rimba Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan. Program ini dianjurkan oleh Malatra Events dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, bertujuan untuk memperkasakan pelancongan sukan di Negeri Sembilan. Sesi 'Flag Off' telah disempurnakan oleh Puan Norazlyzan Ramli, selaku Setiausaha Majlis Daerah Rembau pada 26 Julai 2025.
Acara tahunan ini berjaya menghimpunkan ratusan peserta dari seluruh negeri dan beberapa peserta dari luar negara, yang bersaing dalam empat kategori utama iaitu 100km, 40km, 20km dan 4km merentasi laluan hutan tropika dan puncak Gunung Datuk. Program ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, tetapi turut mempromosikan keindahan alam semula jadi dan meningkatkan kesedaran terhadap pemeliharaan hutan simpan negeri.