Bahasa Melayu |English | Bahasa Lain
  Rss JPA   Rss  
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Portal Rasmi Majlis Daerah Rembau

 

SELAMAT DATANG KE REMBAU
 
Majlis Daerah Rembau sebagai sebuah badan penguasa tempatan telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 menerusi Perisytiharan Warta Kerajaan Negeri No. 334 bertarikh 23 Jun 1980. Ianya adalah sebuah badan penguasa tempatan yang tertakluk dibawah peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

 

maklumat lanjut

   
Set Semula
Text Size: [A+] [A] [A-] Tema   :   Latar belakang 1 Latar belakang 2 Latar belakang 3 Bantuan OKU:  
Jurnal kongteng
LATAR BELAKANG REMBAU

Lokasi

 

Peta Daerah Rembau
 

Rembau adalah sebuah daerah di Negeri Sembilan yang terletak di arah selatan bersempadan dengan Negeri Melaka. Daerah Rembau seluas 402.76 kilometer persegi atau 41,512 hektar dengan penduduk seramai 38,325 (2000) orang yang mendiami 17 mukim mengandungi 204 buah kampung. Penduduk daerah ini majoritinya adalah petani, kakitangan kerajaan, pekerja perkilangan di kawasan perindustrian daerah atau di Seremban.
.....................................................................................................................................


Mukim

Pedas, Kundur, Tanjung Kling, Chembong, Batu Hampar, Selemak, Sepri, Pilin, Nerasau, Chengkau, Bongek, Titian Bintangor, Semerbok, Legong Ulu,, Miku, Legong Hilir, Gadong.
.....................................................................................................................................


Pekan Kecil
Pekan Rembau, Pekan Pedas, Pekan Chengkau, Pekan Kota, Pekan Lubok China.
.....................................................................................................................................

 
Parlimen

Daerah ini mempunyai satu kawasan parlimen iaitu Parlimen Rembau dan dua kawasan undangan negeri iaitu Chembong dan Kota. DUN Paroi dan Rantau terletak dalam pentadbiran daerah Seremban.

    * Ahli Parlimen Rembau (2004/2009) ialah YB. Tuan Khairy Jamaludin
    * ADUN Kota: Dr. Awaludin Bin Said
    * ADUN Chembong: YB. Tuan Zaiful Bahari B. Idris.

....................................................................................................................................


Asal-usul

Menurut sejarah, Rembau asalnya adalah antara tempat mendarat terawal orang-orang Minangkabau dari Sumatera. Adat Perpatih telah dibawa masuk oleh orang Minangkabau. Mereka membuka perkampungan di sini dan ramai yang berkahwin dengan penduduk asli di daerah ini. Semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka dipercayai Rembau adalah sebahagian daripada jajahan Melaka. Orang-orang Rembau pernah berperang dengan orang-orang Naning, Melaka pimpinan Haji Dol Said.
 
Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama, Raja Melewar, ditabalkan di Rembau iaitu di Kampung Penajis dan bersemayam di Kampung Astana Raja. Baginda mangkat di Rembau dan makamnya masih ada di Rembau.
 
Undang Rembau pada masa ini ialah Dato' Haji Muhammad Sharif bin Othman.


 

 

Bookmark and Share
Paparan : 1905
Tarikh Akhir Dikemaskini : 25 Ogos 2010
Paparan : 922727
Tarikh Akhir Dikemaskini : 28 Mac 2011