Cetak
 
Program Lawatan Rasmi Yang Berhormat Tuan Siow Kong Choon ke Majlis Daerah Rembau.
 
𝗥𝗘𝗠𝗕𝗔𝗨, 𝟭𝟰 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲- Majlis Daerah Rembau dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Tuan Siow Kong Choon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan sempena Program Lawatan rasmi ke Majlis Daerah Rembau.
Kehadiran YB Exco ini merupakan penghormatan kepada seluruh warga kerja MDR serta rakyat Daerah Rembau. Lawatan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, khususnya dalam aspek pembangunan kerajaan tempatan, perumahan serta penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan inklusif.
Tuan Yang Dipertua bersama seluruh warga kerja Majlis Daerah Rembau mengucapkan selamat datang dan semoga lawatan ini membawa manfaat berterusan kepada pembangunan Daerah Rembau yang bersih, indah dan segar.

Program Lawatan Rasmi Yang Berhormat Tuan Siow Kong Choon ke Majlis Daerah Rembau.