Cetak

Assalamualaikum wbt, Salam Malaysia Madani, Salam Bersih Muafakat Sejahtera diucapkan kepada semua Warga Kerja MDR.

Disini, Pentadbiran Majlis ingin mengucapkan sekalung penghargaan, tahniah dan syabas kepada ketujuh-tujuh penerima APC MDR bagi tahun 2025. Pegawai-pegawai ini telah menunjukkan prestasi yang cemerlang didalam amanah, tugasan kerja, kehadiran, disiplin dan tatasusila yang menjadi contoh kepada yang lain.
Diharapkan dengan Anugerah APC yang diterima pada pagi ini, bakal menyuntik semangat untuk terus maju jaya.

Daripada Surah An-Najm, Ayat 39-40,

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ . وَأَنَّ سَعْيَهُۥ سَوْفَ يُرَىٰ"

Prinsip Utama Usaha, "Dan bahawasanya manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya. Dan bahawasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).

"Tafsir: Ayat ini menegaskan bahawa setiap manusia akan dibalas berdasarkan apa yang mereka usahakan. Usaha tersebut tidak akan sia-sia dan akan dinilai oleh Allah.

Tahniah semua. Anda kebanggaan Majlis Daerah Rembau.