
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍𝐈𝐒𝐀𝐒𝐈 (𝐀𝐊𝐏𝐎)
Program AKPO bagi jabatan/agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan telah berlangsung pada 13–14 April 2026 di Majlis Daerah Rembau, hasil kerjasama Majlis Daerah Rembau dan Majlis Daerah Tampin.
Program ini melibatkan semakan dokumen penting seperti Pelan Strategik, Laporan Tahunan tiga tahun kebelakang, Carta Organisasi, Carta Fungsi dan Waran Perjawatan. Kerjasama dan komitmen yang baik daripada kedua-dua pihak telah melancarkan pelaksanaan audit.
Diharapkan program ini dapat membantu menambah baik pengurusan perjawatan serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.