Cetak

𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐏𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐈𝐊𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐈𝐓
 
Operasi bersepadu antara Majlis Daerah Rembau dan PLUS Malaysia telah dilaksanakan pada 14 April 2026 di sepanjang Lebuhraya PLUS dari Plaza Tol Simpang Ampat hingga Plaza Tol Senawang (arah Selatan & Utara).
 
Operasi dimulakan dengan sesi taklimat bersama anggota penguatkuasa dan kawal selia sebelum tindakan diambil ke atas papan iklan tanpa permit. Sebanyak 21 notis roboh telah ditampal, manakala 7 struktur papan iklan telah dirobohkan oleh pemilik.
 
Diharapkan operasi ini dapat meningkatkan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan serta memastikan persekitaran yang lebih selamat, teratur dan bebas daripada struktur tidak berlesen.