
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐒𝐮𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐦𝐛𝐚𝐮
7 April 2026 (Selasa) – Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Majlis Angkat Sumpah Pegawai Majlis Daerah Rembau yang berlangsung di Pejabat Daerah Rembau.
Majlis ini diadakan bersempena pelantikan pegawai baharu serta kenaikan pangkat beberapa pegawai sedia ada. Upacara angkat sumpah tersebut disempurnakan di hadapan Tuan Yang DiPertua Majlis Daerah Rembau sebagai tanda komitmen dan tanggungjawab dalam memegang amanah baharu.
Dalam majlis ini, para pegawai turut diberikan kata-kata amanat dan peringatan agar sentiasa menjalankan tugas dengan penuh integriti, dedikasi dan profesionalisme demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Diharapkan semua pegawai yang terlibat dapat terus memberikan komitmen yang tinggi serta bekerjasama dalam memperkukuhkan kecemerlangan jabatan pada masa akan datang.