Cetak

Operasi Bersepadu Majlis Daerah Rembau & PLUS Malaysia

12 Februari 2026 (Khamis) – Majlis Daerah Rembau dengan kerjasama PLUS Malaysia telah melaksanakan Operasi Bersepadu berkaitan penampalan pelekat di struktur papan iklan tanpa permit di sepanjang Lebuhraya PLUS, meliputi laluan Plaza Tol Simpang Ampat hingga Plaza Tol Senawang (KM 222–KM 224) dan sebaliknya (KM 244–KM 222).
 
Operasi bermula jam 9.00 pagi dengan taklimat oleh Penolong Pegawai Undang-Undang kepada pegawai penguatkuasaan yang terlibat. Hasil pemeriksaan mendapati 11 papan tanda iklan dipamerkan tanpa lesen sah dan tindakan penampalan notis telah dilaksanakan. Manakala 1 papan iklan ditanggalkan pelekat notis selepas disahkan memiliki lesen sah daripada pihak majlis.
 
Operasi ini bertujuan memastikan pematuhan undang-undang serta menjaga keselamatan dan imej persekitaran. Majlis berharap semua pengusaha iklan memohon permit sah bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan pada masa hadapan.