
𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐣𝐢𝐧𝐠 𝐋𝐢𝐚𝐫 𝟑.𝟎 (𝟐𝟎𝟐𝟔)
10 Februari 2026 (Selasa)
Sekitar kawasan Majlis Daerah Rembau
Majlis Daerah Rembau dengan kerjasama Norman Vet telah melaksanakan Operasi Penangkapan Anjing Liar 3.0 yang diteruskan lagi pada tahun ini. Operasi tertumpu di kawasan Taman Salam Nadiah, Taman Gunung Tahan dan Pekan Kota.
Hasil operasi, sebanyak 13 ekor anjing liar berjaya ditangkap. Program ini bertujuan memantau serta mengawal populasi anjing liar bagi memastikan kebersihan, kesejahteraan dan keselamatan awam sentiasa terpelihara.
Operasi berjalan lancar hasil kerjasama semua pihak yang terlibat. Diharapkan usaha berterusan ini dapat mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan selesa kepada penduduk setempat dalam menjalani aktiviti harian mereka.