
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐ง๐๐ข ๐๐๐ฉ๐๐ค ๐๐๐ฌ๐๐ซ ๐๐๐ฆ๐๐๐ก๐๐ง ๐๐๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
ย
5 Februari 2026 (Khamis)
Dewan Seri Rembau
ย
Majlis Cabutan Undi Tapak Pasar Ramadhan Daerah Rembau Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seri Rembau. Program ini bertujuan untuk mengundi dan menentukan tapak perniagaan Pasar Ramadhan bagi tahun 2026.
ย
Majlis turut dihadiri oleh ADUN Chembong, YB Datoโ Hj. Zaifulbahri Bin Hj. Idris, wakil Pegawai Kesihatan Daerah, ahli-ahli Majlis Daerah Rembau, pegawai-pegawai Majlis Daerah Rembau serta para peniaga Pasar Ramadhan yang diraikan.
ย
Pengundian telah dijalankan bagi empat (4) lokasi iaitu Pekan Rembau, Pekan Chengkau, Taman Seri Rembau dan Pekan Kota. Sepanjang program berlangsung, urusan cabutan undi berjalan dengan lancar dan teratur.
ย
Inisiatif ini diharap dapat membantu merancakkan ekonomi setempat khususnya dalam kalangan peniaga dan penduduk tempatan sempena bulan Ramadan yang bakal tiba. Semoga Pasar Ramadhan Daerah Rembau tahun ini lebih meriah, teratur dan memberi manfaat kepada semua pihak.
ย
Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada barisan urusetia yang telah bertungkus-lumus menganjurkan program ini dengan jayanya.