
Perhimpunan Pentadbiran Daerah Rembau Tahun 2026
Perhimpunan Pentadbiran Daerah Rembau Tahun 2026 telah diadakan pada 26 Januari 2026 bertempat di Dewan Seri Rembau dengan penglibatan semua penjawat awam Daerah Rembau.
Majlis ini telah dihadiri oleh Pegawai Daerah Rembau, Encik Mohd Zamri Mohd Esa, bersama ketua-ketua jabatan dan wakil jabatan. Program turut dimeriahkan dengan pembukaan booth pameran di dalam dan luar dewan serta ceramah oleh Profesor Dr Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip yang memberi pendedahan dan manfaat dalam meningkatkan profesionalisme, integriti serta kualiti penyampaian perkhidmatan awam. Diharapkan program ini dapat memperkukuh kerjasama antara jabatan dan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kepada masyarakat.