Cetak

Operasi Bersepadu Penampalan Sticker Billboard Tanpa Lesen

Operasi Bersepadu Penampalan Sticker Billboard Tanpa Lesen

Lebuhraya PLUS Utara-Selatan

31 Disember 2025 (Rabu)

Majlis Daerah Rembau telah menjalankan Operasi Bersepadu Penampalan Sticker Billboard Tanpa Lesen bermula dari Plaza Tol Simpang Ampat (KM222) hingga Plaza Tol Senawang (KM244).

Hasil operasi mendapati 18 papan iklan visual tanpa lesen telah dikenal pasti dan tindakan penampalan pelekat telah dilaksanakan ke atas semua papan iklan berkenaan.

Operasi ini melibatkan kerjasama PLUS Malaysia, Rakan Media (Bernama, Sinar Harian, Utusan, China Press, Sin Chew Daily, TV Al-Hijrah & Rakan-Rakan Media yang lain). Operasi ini diketuai oleh Setiausaha Majlis Daerah Rembau, Norazlyzan Ramli, dan disertai oleh Jabatan Penguatkuasaan & Undang-Undang, Jabatan Penilaian dan Unit Lensa MDR.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam memastikan pematuhan undang-undang serta keselamatan persekitaran lebuh raya.

Makluman kepada pemilik dan pengiklan, semua papan iklan visual hendaklah mempunyai lesen dan kelulusan sah daripada pihak berkuasa tempatan. Sebarang paparan iklan tanpa kebenaran adalah satu pelanggaran peraturan dan boleh dikenakan tindakan lanjut. Ianya juga termaktub di bawah Undang-Undang Kecil Iklan Majlis Daerah Rembau 1992.

Majlis Daerah Rembau akan meneruskan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa demi persekitaran yang teratur, selamat dan mematuhi undang-undang.